Sunday, December 4, 2011
NOSTALGIA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
baru semalam ambo berkesempatan pulamg dari KL setelah 4 hari menghadiri Persidangan Agung UMNO di PWTC. Sesungguhnya Kehadiran delagasi perwakilan dari seluruh negara di sana amat-amat membanggakan. Hampir semua hotel mewah jenuh dengan para penyewa yang sanggup pula membayar lebih..Semoga kehebatan Perhimpunan ini akan memberikan impak yang positif kepada BN dalam PRU yang ke 13 ini








Saturday, November 5, 2011
RAHSIA ALAM
Sent from my Android Iphone
sesekali kedamaian bisa terpancar disanubari apabila ada kesempatan untuk kita mengcungkil rahsia yang tersurat di sebalik kehebatan alam ciptaan Tuhan..
sesekali kedamaian bisa terpancar disanubari apabila ada kesempatan untuk kita mengcungkil rahsia yang tersurat di sebalik kehebatan alam ciptaan Tuhan..
Sent from Samsung tablet
Friday, August 19, 2011
TOSHIBA NETBOOK POWER JUGAK
Teman ni pantang ada gajet bru di pasaran, trus aje nak cuba. Yg trkini netbook ni...ok sbb ia laju, soundnya memng power, mvm pasanh home theatre..hehe
Sent from my Androrid HTC phone
Saturday, August 13, 2011
SAMSUNG GALAXY TEMAN RELAKS
Musim posa ni, ok jugak bila smbil nak membeli juadah berbuka, buka skejap website akhbar online mnerusi gajet canggih ni. Dok dalam kreta pulak tu!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Wednesday, August 3, 2011
PAKEJ LENGKAP





Dalam dunia serba canggih, dalam suasasna yang memerlukan tindakan yang cepat lagi cekap, maka tidak dapat tidak kita memerlukan satu pakej intenet-multimedia yang boleh diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan harian or pribadi. Untuk ini teman terpanggil nak nk guna paling tidak 3 menda ni yang selayaknya kita semua try cuba. Pertamanya ialah Samsung Galaxy Tab (saingan terdekat IPAD), Nokia Communicator E7 dan mini projector Samsung. Sebagai rujukan sila ke sini
Wednesday, July 20, 2011
NOKIA E7 MOLEK DARI IPHONE ...
Teman dh banyak pakai smat phone...start samsung galaxy, HTC, IPHONE dll..tp bila bpeluang pakai Nokia E7 Communicator rasa ada kelainan..selain bentuknya nampak ada ciri-ciri mewah, dan Multimedia bagus, namun yang lebih mustahak, ia mmpenyai pakej aplikasi Office yang lengkap. Mudah sangat nak buat kerja-kerja menaip, update Facebook blog termasuk nak semak email. Rasanya tak rugi malah amat berbaloi untuk memilikinya tmbah2 kalau sesibuk teman ni he he...
Saturday, December 25, 2010
MULAKAN SEKARANG
Merujuk kepada posting teman sebelum ini iaitu memperkasakan media alternatif, misi untuk tujuan tersebut tidak akan tercapai jika perkara ini tidak dimulai sekarang dan tidak menuju kepada taret yang betul. Generasi kanak-kanak jangan dipinggirkan dari arus perdana gelombang globalisasi. Sempadan maklumat untuk mereka harus dibuka dengan cara yang terkawal. Budaya ICT - Facebook, twitter dan blog serta lain-lain harus di perkasaskan. Dedahkan mereka dengan pencarian maklumat yang positif menerusi internet selain menjadi pemain yang aktif dalam komunikasi maya.Jangan jadikan mereka terasing untuk turut sama mencorak dan merancakkan dunia internet sekarang. Teman sendiripun menggunakan pendekatan yang liberal dalam hal ini. Jangan kekang kemahuan mereka untuk melakukan anjakan paradigma. Dalam lain perkataan, sesuatu yang baru harus dicuba oleh anak-anak. Persediaan untuk anak-anak untuk menempuhi cabaran global dalam masa depan perlukan kelainan dan kesesuaian dengan zaman yang mereka hadapi.
Bayangkan apa persepsi kita bila anak-anak terasing dengan ICT. Tak boleh buka komputer, tak mahir menaip dengan aplikasi office (Ms Word dan Ms Excel), gagal membuat persembahan digital (Ms Power Point) yang ada kaitan dengan kaedah penyelesaian dunia akademik mereka. Dalam konteks zaman digital, Kegagalan penguasaan basic komputer seumpama ini adalah sama seperti yang istilah buta huruf yang dilabelkan kepada orang yang tidak pandai membaca dan menulis!
Wednesday, December 22, 2010
SELAMAT TAHUN BARU
Sedar atau tidak kita dah berada di penghujung 2010... wajah Tahun depan dah mula nak menjengah . Pastinga kita semua ada kenangan yang cukup bermakna yang menghiasi kotak minda. Tak kira samada gembira atau duka... Segalanya terimalah ianya dengan terbuka. Selagi kita bernama manusia , selagi dunia belum kiamat, selagi itu itulah rentak dunia harus kita ikuti.
Bagi teman, ada masanya kita harus mengenang. Tapi kita harus realistik. Kena berpijak dibumi nyata. kita harus memandang ke depan. Berpaling ke belakang boleh. Tak salah, tak berdosapun!. Tapi berpaling tu biarlah dengan cara yang betul. Berpaling untuk menilai. Menilai berserta mengambil pengajaran diatas kelemahan di masa lalu lantas melakukan lonjakan berganda ke hadapan untuk melakukan transformasi.
Sikap beginilah yang dituntut. Islam agama progresif, Islam tidak agama jumud. Islam menganjur kita jadilah insan strategis yang mampu meramal 10001 kemungkinan yang bakal berlaku dan seniasa bersiap sedia dengan mekanisme yang terbaik . Ini boleh dilakukan. Tapi terlebih dulu kita perlu benamkan dulu unsur-unsur yang boleh menggagalkan dan menggangu.
Letakkan keutamaan. Isu yang kecil, remeh eloklah di letak ketepi.Hadapi isu yang lebih gampang. Isu yang menyentuh masa depan dan survival ummah...waduhhh he he. Di bumi Malaysia yang tercinta ini Kita tak boleh terus duduk dalam kepompong yang selesa, macam omputeh kata "confort zone". Zon selesa yang telah lama kita kecapi selama kerajaan BN memerintah ini jangan dianggap menjadi trend yang berterusan. Trend ini bakal beubah seiring denagn senario semasa. Senario politik dunia berubah, dan ini akan turut merubah senario politik tempatan.
PRU 13 : PERKASAKAN MEDIA ALTERNATIF

Rentetan kepada kepada kejayaan yang gemilang yang dicapai oleh Barisan Nasional dalam 2 buah pilihanraya Kecil baru-baru ini (DUN Galas dan Batu Sapi) baru-baru, saya berpendapat bahawa sudah ada perubahan paradigma dan transformasi sikap di kalangan rakyat khususnya dari generasi muda. dalam memberikan sokongan kepada kerajaan dan BN.
Saya tidak menafikan bahawa perubahan positif ini ada hubung kaitnya dengan penggunaan Media Alternatif (Internet) yang berjaya dimainkan peranannya oleh jentera BN. Kemunculan Facebook dan blogger yang menulis di blog-blog pro BN , begitu banyak dan berpengaruh . Fenomena seumpama ini berupaya mencetuskan situasi yang positif dan berkesan dalam usaha pihak kerajaan untuk , menyebar maklumat benar dan turut menangkis sebarang dakyah dan hasutan dari kalangan golongan pembangkang.
Dalam konteks ini, Media Alternatif (Internet)mempunyai perkaitan dan ia adalah faktor yang terlalu dominan.Justeru ini bagi saya, penggunaan media alternatif (Internet) terutamanya, perlu terus diperhebat dan diperkasakan.kita perlu mewujudkan lebih banyak Internet social network yang kuat (Facebook, Twitter, Friendster, email dsb) serta, meramai kan bilangan bloggers yang boleh memberikan idea bernas dan dalam masa yang sama boleh mempertahan polisi-polisi kerajaan dan parti.
Samada kita suka atau tidak, Dalalam PRU 13 nanti kita bakal berdepan dengan ribuan pengundi muda . Harus kita sedari media Alternatif adalah sesuatu yang terlalu dekat dan berpengaruh terhadap mereka. Mereka ini sukakan kelainan, suka informasi mudah dan segera. Agresif tapi agak lemah jika dipujuk dan didekati. Ruang seumpama in ini harus kita rebut. Kita perlu mendekati dan mengenalpasti apa yang mereka mahu dan tendensi mereka ke arah mana. Kita juga perlu bersedia menerima saranan dan teguran mereka secara positif. Berjaya menarik dan melibatkan mereka dalam sebarang program kita adalah satu kejayaan.
Mereka adalah antara aset kita yang sebenar dan terpenting. Sesungguhnya perjuangannya itu memerlukan visi dan misi yang jelas. Ungkapan YAB Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, adalah benar dan perlu kita sama-sama fikirkan dan ambil iktibar.Zaman untuk terlalu menjadi jagoan di medan ceramah sudah berlalu. Menang sorak di depan penyokong sendiri, sudah agak ketinggalan zaman...Justeru sama-samalah kita berfikir dengan realistik dengan mengambil kira senario yang berlaku sekarang ini.
Friday, November 5, 2010
BN MENANG DI GALAS DAN BATU SAPI



Seronok dan puas hati rasanya tidak terkira...... Apa tidaknya, setelah berkampung sejak lama di galas, akhirnya pengorbanan yang tidak ternilai dari seluruh jentera BN di Galas tidak sesekali dipersiakan. Terbukti sudah bahawa DUN Galas adalah milik mutlak BN iaitu kemenangan cemerlang dengan majoriti 1,190 undi meninggal jauh PAS yang hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.
Dan Apa yang lebih membanggakan pada saya ialah dalam masa yang sama, BN berjaya pula mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi dengan mendapat majoriti 6,359 undi.
Kejayaan ini semua bagaikan memberi momentum baru kita semua selaku pendokong BN dan penegak panji 1 Malaysia, untuk terus melipatgandakan usaha dan menyatukan iltizam bagi menempa kejayaan yang lebih penting iaitu untuk merampas secara keseluruhan negeri Kelantan dalam PRU 13 nanti dari tangan pembangkang.
Friday, September 4, 2009
GABUNG PHOTOSHOP DENGAN SONY VEGAS
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana menggunakan Aplikasi Video Editing secara lebih berkesan. Di sini saya syor anda semua gunalah Sony Vegas Video Studio. Tinggalkan Aplikasi video editing yang kompleks sifatnya misalnya Pinnachale Studio , Adobe Primire, Ulead video studio dan sebagainya.
Dengan menggunakan Sony Vegas Video Studio anda mampu menghasilkan video yang cukup pelbagai. Di sini contoh video yang saya hasilkan dengan menggunakan teknik gabungan antara aplikasi Adobe Photoshop, Sony Vegas Video Studio dan video sumber dari internet. Wow hebat
Dengan menggunakan Sony Vegas Video Studio anda mampu menghasilkan video yang cukup pelbagai. Di sini contoh video yang saya hasilkan dengan menggunakan teknik gabungan antara aplikasi Adobe Photoshop, Sony Vegas Video Studio dan video sumber dari internet. Wow hebat
Saturday, April 25, 2009
MEMPERKASAKAN MINDA

Selama hampir seminggu saya menghabiskan masa mengikuti satu kursus motivasi perniagaan yang diadakan di sebuah resort terkenal di Terengganu. Kursus ini mendedahkan banyak pengalaman dan ilmu yang baru dalam soal-soal pengurusan organisasi dan perancangan strategik yang harus dibuat bagi meningkatkan kualiti dan kuanti dari segi produk yang dihasilkan. Segala-galanya bermula dengan bagaimana cara yang terbaik untuk memperkasakan minda bagi merealitikan matlamat sesuatu perniagaan yang mahu dimulakan atau yang telahpun terurus sekian lama
Tuesday, February 24, 2009
BERWAJAH BARU.....

Ada sedikit perubahan yang kami lakukan di kawasan kediaman . Pagar dan bangunan rumah dicat dengan warna baru, khususnya rumah abang saya yang setingkat setengah itu. Memang lawa dan anggun .kena pulak dengan designnya.
Rumah saya rasanya molek lagi cat ICInya. Perubahan tak dibuat. Tapi nak cat jugak bersama dengan pengubahsuaian rumah saya nanti. Apa yang disiapkan ialah kawasan persekitaran dengan menebang pokok mana-mana yang tak perlu. Hajat-hajat nak buat landscape sikit..buat semula kolam yang dah tertimbus sekian lama he he.
Hmm....Berkebetulan dengan gotong royong mencantikkan rumah beserta dengan rumahnya sekali ini , kami sekeluarga akan ada majlis kenduri mega pada 19 mac 2009 di mana kami kan mengumpul semua susur galur keturunan keluarga sebelah ibu untuk dapat hadir bersama dalam majlis itu nanti.. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kami yang antaranya tinggal berjauhan... Segalanya untuk menunaikan harapan ibu jua.
====================================================================
Antara hobi saya ialah beraktiviti di kawasan rumah. Menebas pokok, memesin rumput dan bina landscape. Hmmm... Ni landscape mini binaan hasil kreativiti sendiri kat depan umah saya. Ini dibuat kira-kira 6 tahun lepas, iaitu kira 4 tahun selepas saya berpeluang membina banglo kediaman sendiri. Masa tu gila-gila benar minat denga landscape....Sampai malam rela saya buat kerja-jerja gini. Insya -Allah, jika ada peluang rasanya landscape ni yang bakal diubah suai semula..

Wednesday, February 4, 2009
BN BENTUK KERAJAAN BARU DI PERAK
Berita Terkini....Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, petang Jumaat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu dilantik Menteri Besar Perak ke 11 menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dititahkan Sultan Perak supaya melepaskan jawatan, serta merta semalam.Majlis angkat sumpah anggota Exco kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional dijadualkan Selasa depan.Turut serta di majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
==========================================
Berita Terdahulu.....
Petang tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu. Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Tahniah untuk BN!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
LINK KOMPUTER POPULAR
Popular Posts
-
====================================================== KLIK DI SINI UNTUK KE MENU UTAMA Ada sedikit perubahan yang kami lakukan di kawasan k...
-
Teman ni pantang ada gajet bru di pasaran, trus aje nak cuba. Yg trkini netbook ni...ok sbb ia laju, soundnya memng power, mvm pasanh home t...
-
Musim posa ni, ok jugak bila smbil nak membeli juadah berbuka, buka skejap website akhbar online mnerusi gajet canggih ni. Dok dalam kreta p...
-
Ramai tahu bahawa Google adalah gudang maklumat terbesar yang pernah diwujudkan. Anda boleh mencari apa saja maklumat dan juga dokumen yang ...
-
Dalam dunia serba canggih, dalam suasasna yang memerlukan tindakan yang cepat lagi cekap, maka tidak dapat tidak kita memerlukan satu pakej...
-
Teman dh banyak pakai smat phone...start samsung galaxy, HTC, IPHONE dll..tp bila bpeluang pakai Nokia E7 Communicator rasa ada kelainan..se...
-
Sent from my Android Iphone sesekali kedamaian bisa terpancar disanubari apabila ada kesempatan untuk kita mengcungkil rahsia yang tersurat ...
-
baru semalam ambo berkesempatan pulamg dari KL setelah 4 hari menghadiri Persidangan Agung UMNO di PWTC. Sesungguhnya Kehadiran delagasi p...











