WAKTU SOLAT

VISITORS

Saturday, December 25, 2010

MULAKAN SEKARANG

Merujuk kepada posting teman sebelum ini iaitu memperkasakan media alternatif, misi untuk tujuan tersebut tidak akan tercapai jika perkara ini tidak dimulai sekarang dan tidak menuju kepada taret yang betul. Generasi kanak-kanak jangan dipinggirkan dari arus perdana gelombang globalisasi. Sempadan maklumat untuk mereka harus dibuka dengan cara yang terkawal. Budaya ICT - Facebook, twitter dan blog serta lain-lain harus di perkasaskan. Dedahkan mereka dengan pencarian maklumat yang positif menerusi internet selain menjadi pemain yang aktif dalam komunikasi maya.

Jangan jadikan mereka terasing untuk turut sama mencorak dan merancakkan dunia internet sekarang. Teman sendiripun menggunakan pendekatan yang liberal dalam hal ini. Jangan kekang kemahuan mereka untuk melakukan anjakan paradigma. Dalam lain perkataan, sesuatu yang baru harus dicuba oleh anak-anak. Persediaan untuk anak-anak untuk menempuhi cabaran global dalam masa depan perlukan kelainan dan kesesuaian dengan zaman yang mereka hadapi.

Bayangkan apa persepsi kita bila anak-anak terasing dengan ICT. Tak boleh buka komputer, tak mahir menaip dengan aplikasi office (Ms Word dan Ms Excel), gagal membuat persembahan digital (Ms Power Point) yang ada kaitan dengan kaedah penyelesaian dunia akademik mereka. Dalam konteks zaman digital, Kegagalan penguasaan basic komputer seumpama ini adalah sama seperti yang istilah buta huruf yang dilabelkan kepada orang yang tidak pandai membaca dan menulis!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

LINKS

LINKS COMPUTER

killvearn
buletinpc
kongsiblog
1ma
asast
asast
Photobucket