Wednesday, December 22, 2010
PRU 13 : PERKASAKAN MEDIA ALTERNATIF

Rentetan kepada kepada kejayaan yang gemilang yang dicapai oleh Barisan Nasional dalam 2 buah pilihanraya Kecil baru-baru ini (DUN Galas dan Batu Sapi) baru-baru, saya berpendapat bahawa sudah ada perubahan paradigma dan transformasi sikap di kalangan rakyat khususnya dari generasi muda. dalam memberikan sokongan kepada kerajaan dan BN.
Saya tidak menafikan bahawa perubahan positif ini ada hubung kaitnya dengan penggunaan Media Alternatif (Internet) yang berjaya dimainkan peranannya oleh jentera BN. Kemunculan Facebook dan blogger yang menulis di blog-blog pro BN , begitu banyak dan berpengaruh . Fenomena seumpama ini berupaya mencetuskan situasi yang positif dan berkesan dalam usaha pihak kerajaan untuk , menyebar maklumat benar dan turut menangkis sebarang dakyah dan hasutan dari kalangan golongan pembangkang.
Dalam konteks ini, Media Alternatif (Internet)mempunyai perkaitan dan ia adalah faktor yang terlalu dominan.Justeru ini bagi saya, penggunaan media alternatif (Internet) terutamanya, perlu terus diperhebat dan diperkasakan.kita perlu mewujudkan lebih banyak Internet social network yang kuat (Facebook, Twitter, Friendster, email dsb) serta, meramai kan bilangan bloggers yang boleh memberikan idea bernas dan dalam masa yang sama boleh mempertahan polisi-polisi kerajaan dan parti.
Samada kita suka atau tidak, Dalalam PRU 13 nanti kita bakal berdepan dengan ribuan pengundi muda . Harus kita sedari media Alternatif adalah sesuatu yang terlalu dekat dan berpengaruh terhadap mereka. Mereka ini sukakan kelainan, suka informasi mudah dan segera. Agresif tapi agak lemah jika dipujuk dan didekati. Ruang seumpama in ini harus kita rebut. Kita perlu mendekati dan mengenalpasti apa yang mereka mahu dan tendensi mereka ke arah mana. Kita juga perlu bersedia menerima saranan dan teguran mereka secara positif. Berjaya menarik dan melibatkan mereka dalam sebarang program kita adalah satu kejayaan.
Mereka adalah antara aset kita yang sebenar dan terpenting. Sesungguhnya perjuangannya itu memerlukan visi dan misi yang jelas. Ungkapan YAB Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, adalah benar dan perlu kita sama-sama fikirkan dan ambil iktibar.Zaman untuk terlalu menjadi jagoan di medan ceramah sudah berlalu. Menang sorak di depan penyokong sendiri, sudah agak ketinggalan zaman...Justeru sama-samalah kita berfikir dengan realistik dengan mengambil kira senario yang berlaku sekarang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LINK KOMPUTER POPULAR
Popular Posts
-
====================================================== KLIK DI SINI UNTUK KE MENU UTAMA Ada sedikit perubahan yang kami lakukan di kawasan k...
-
Ramai tahu bahawa Google adalah gudang maklumat terbesar yang pernah diwujudkan. Anda boleh mencari apa saja maklumat dan juga dokumen yang ...
-
Musim posa ni, ok jugak bila smbil nak membeli juadah berbuka, buka skejap website akhbar online mnerusi gajet canggih ni. Dok dalam kreta p...
-
Teman ni pantang ada gajet bru di pasaran, trus aje nak cuba. Yg trkini netbook ni...ok sbb ia laju, soundnya memng power, mvm pasanh home t...
-
Dalam dunia serba canggih, dalam suasasna yang memerlukan tindakan yang cepat lagi cekap, maka tidak dapat tidak kita memerlukan satu pakej...
-
20 Maret 2006 | 101 komentar Tiga hari yang lalu, seorang teman menghubungi saya lewat...
-
SEBAGAI ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap nega...
-
Google merupakan search engine yang paling banyak digunakan sekarang. Pelbagai informasi boleh dicari secara cepat dengan menggunakan google...
-
Teman dh banyak pakai smat phone...start samsung galaxy, HTC, IPHONE dll..tp bila bpeluang pakai Nokia E7 Communicator rasa ada kelainan..se...
0 comments:
Post a Comment