WAKTU SOLAT

VISITORS

Friday, December 26, 2008

Mengenal diri - Guna teknik Minda Bawah Sedar

SEBAGAI ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.

"Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' ujar pengamal perubatan alternatif Prof. Dr. Ibrahim Ahmad, ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan.

Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.

Beliau memberi contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.

Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.

"Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu," ujarnya.

Memperjelaskan maksudnya itu, beliau berkata, seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.

Adalah lebih baik katanya, ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan.

"Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih,'' ujarnya.

Sambil memberi contoh ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini.

"Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.

"Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan," saran Ibrahim lagi.

Seboleh-bolehnya kata beliau lagi, kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas.

"Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' ujarnya.

Beliau menambah teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif.

"Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif," katanya.

Ibrahim menegaskan sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin.

Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.

"Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi," ujarnya sambil menegaskan apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.

"Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar.

"Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama," ujarnya yang memilikki kelayakan dalam bidang perubatan alternatif dari Open International Universty For Alternative Medicines, India.

Sambungnya lagi, dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan.

"Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan,'' ujarnya.

Beliau memberitahu antara kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan.

Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku.

Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari.

Katanya, melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.

"Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya.

"Perkara-perkara berkaitanlah yang sering saya tekankan ketika memberi ceramah," katanya yang mengendalikan program itu melalui syarikat miliknya, Positive Mind Resouces sejak dua tahun lalu.

"Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain," ujarnya.

Bengkel Minda Bawah Sedar pertama beliau di Kuala Lumpur akan diadakan pada 6 Mac ini bertempat di Hotel Kuala Lumpur International (KLI). Bagi yang berminat mengikutinya boleh menghubungi talian 019 2551363 atau 019 4244333.
Friday, December 12, 2008

EXPORT POST TO ANOTHER BLOG

1. KLIK http://draft.blogger.com/home
2. PERGI KE SETTING DAN PILIH IKON

Import blog - Export blog - Delete blog

You can import posts and comments from a previously exported Blogger blog, export this blog, or permanently delete it.

Tuesday, December 9, 2008

KALKULATOR DALAM GOOGLE

Tahukah anda bahawa enjin pencarian Google juga boleh bertindak sebagai kalkulator?? Kedengarannya seperti menarikkan?? Anda cuma perlu masukkan nombor Matematik ke dalam kotak pencariannya dan Google akan menjawab soalan anda. Wah, nampaknya Google bukan setakat berfungsi sebagai enjin pencarian saja.

Untuk membuktikan kebenarannya, anda perlu membuat ujikaji ke atas Google. Sila masukkan sebarang nombor Matematik ke dalam kotak carian dan tekan butang search. Sebagai contohnya, penulis masukkan nombor seperti berikut :

7*8
Jawapannya = 56

Anda patut mencubanya sendiri. Jadikan Google sebagai mesin kira-kira anda pada waktu mesin kira-kira anda hilang.
Ramai tahu bahawa Google adalah gudang maklumat terbesar yang pernah diwujudkan. Anda boleh mencari apa saja maklumat dan juga dokumen yang diperlukan. Tahukah anda, anda boleh mencari banyak lagu-lagu dan muzik kegemaran melalui enjin Google?

Kebanyakan fail-fail lagu yang diletakkan di internet adalah dalam bentuk format yang mudah digunakan seperti .mp3, .ogg, .ra, .ram dan lain-lain. Format-format ini sangat kecil dan ringan untuk dipindahkan di internet. Untuk memainkan fail-fail ini, anda perlukan aplikasi khas seperti Winamp, dan Real Player. Untuk mencari fail-fail MP3 di Google, gunakan carian:

KOD
-inurl:mp3 intitle:”index of” “Last modified” lagu Contoh: -inurl:mp3 -inurl:mp3 intitle:”index of” “Last modified” lagu Untuk mencari lagu-lagu negaraku dalam bentuk MIDI, gunakan carian:

KOD
-inurl:mid intitle:”index of” “Last modified” negarakuContoh: -inurl:mid intitle:’index of’ ‘Last modified’ malaysia negaraku
Monday, December 8, 2008

Macro Excel: Mengubah Angka Menjadi Teks

20 Maret 2006 | 101 komentar

Terbilang

Tiga hari yang lalu, seorang teman menghubungi saya lewat telepon, bertanya tentang formula untuk mengubah sebuah angka menjadi teks. Dia ingin mengubah, misalnya, angka 145 menjadi seratus empat puluh lima. Seperti tulisan “terbilang” yang ada di kuitansi-kuitansi.

Saya ingat, dulu saya pernah membuat sebuah macro di Excel yang berfungsi seperti ini. Sebenarnya, macro ini aslinya untuk teks berbahasa Inggris (saya lupa dapat dari mana1), kemudian saya mengubahnya menjadi berbahasa Indonesia. Karena adanya perbedaan struktur bahasa, tentu saja perubahan ini menjadi tidak sekadar hanya menerjemahkan.

Silakan unduh kodenya—hasil ubekan dari tumpukan file. Anda tinggal memasukkannya ke bagian module di MS Visual Basic pada berkas Excel Anda. Di worksheet, Anda bisa memanggil fungsi ini dengan menulis =terbilang(x). Angka x dapat Anda isikan langsung, atau dapat pula merupakan referensi ke sel lain.


Tambahan (23-04-2007). Bagi Anda yang kesulitan menerapkan macro ini, berikut adalah petunjuk singkatnya.

  1. Setelah berkas (file) di atas Anda unduh, bukalah dengan aplikasi pembaca teks. WordPad, misalnya.
  2. Bukalah berkas Excel yang baru, atau berkas milik Anda yang ingin ditambahi kode ini.
  3. Pergilah ke Tools > Macro > Visual Basic Editor. Langkah ini dapat pula Anda tempuh dengan menekan Alt + F11. Langkah ini akan membuka satu jendela khusus untuk Visual Basic Editor.
  4. Di bagian VBAProject di panel sebelah kiri, klik-kanan ThisWorkbook > Insert > Module.
  5. Di bagian kosong yang terbuka di bagian kanan, tuliskan kode macro yang tadi dibuka di WordPad. Silakan salin-dan-tempel.
  6. Kembalilah ke jendela Excel Anda, dan cobalah tuliskan formula terbilang di salah satu sel. Misalnya, tulislah =terbilang(123) maka hasilnya akan berupa tulisan seratus dua puluh tiga rupiah. Anda juga dapat menulis formula dengan =terbilang(B3), misalnya, dan sel B3 berisi angka yang ingin dibuat teks.

Perhatian. Bila macro di aplikasi Excel Anda tidak dapat dijalankan, periksalah bagian Macro security. Pergilah ke Tools > Options…, klik tab Security lalu klik tombol Macro Security di bagian bawah. Ubah pilihan Security level ke Medium (disarankan) atau Low.

Pembaruan. Pengecekan bilangan negatif ditambahkan. Bilangan negatif akan dibaca minus sekian sekian.

19-12-2007. Berkas add-ins untuk fungsi terbilang tersedia untuk diunduh. Terima kasih agus untuk sarannya.

Add-Ins untuk Fungsi Terbilang

Untuk mengaktifkan add-ins ini, simpan berkas .xla yang sudah Anda unduh di komputer Anda. Di Excel, pergilah ke menu Tools > Add-Ins…. Di kotak Add-Ins yang terbuka, klik tombol Browse… dan arahkan ke berkas .xla yang Anda miliki. Add-ins untuk fungsi terbilang kini tampak dalam daftar. Centang kotaknya lalu klik tombol OK. Anda sekarang dapat menggunakan fungsi ini di semua dokumen Excel yang Anda buka.

RAHSIA CARI FILE GOOGLE

Google merupakan search engine yang paling banyak digunakan sekarang. Pelbagai informasi boleh dicari secara cepat dengan menggunakan google. Untuk mengoptimakan hasil pencarian, google menyediakan beberapa option:
filetype:
Option ini digunakan untuk mencari tipe file tertentu.
Contoh:
filetype:xls -> untuk mencari file MS Excel
filetype:doc -> untuk mencari file MS Wordinurl:
Option ini digunakan untuk mencari kata tertentu yang digunakan sebagai url.
Dengan option ini Anda dapat melakukan pencarian pada pencarian folder tertentu (jika dikombinasikan dengan option “index of”).
Contoh:
inurl:admin -> pencarian ini menghasilkan url website yang mempunyai kata “admin”

site:
Option ini secara spesifik digunakan untuk melakukan pencarian pada laman web tertentu.
Contoh:
site:torry.net “xp style” –> mencari dengan keyword “xp style” pada laman www.torry.net

intitle:
Option ini digunakan untuk mencari kata tertentu yang terdapat pada title dari halaman web.link:
Option ini digunakan untuk mengetahui situs mana saja yang link back ke laman web tertentu.

Contoh:
link:delphi3000.com –> mencari laman yang mempunyai link ke www.delphi3000.comAnda dapat mengkombinasikan berbagai option di atas untuk mendapatkan hasil pencarian yang lebih spesifik.

Contoh:pdf “rapidshare.de/files” site:rapidshare.de
–> untuk mencari buku atau file pdf di rapidshare.de+inurl:exe|rar|zip site:rapidshare.de
–> untuk mencari program, aplikasi di rapidshare.de

Anda boleh mengganti site:rapidshare.de menjadi site:megaupload.com untuk mencari file di MegaUpload
P.S : Dapatkan Web Browser MozillaFireFox percuma.. Klik sini untuk download p

Popular Posts

LINKS

LINKS COMPUTER

killvearn
buletinpc
kongsiblog
1ma
asast
asast
Photobucket