WAKTU SOLAT

VISITORS

Saturday, December 25, 2010

MULAKAN SEKARANG

Merujuk kepada posting teman sebelum ini iaitu memperkasakan media alternatif, misi untuk tujuan tersebut tidak akan tercapai jika perkara ini tidak dimulai sekarang dan tidak menuju kepada taret yang betul. Generasi kanak-kanak jangan dipinggirkan dari arus perdana gelombang globalisasi. Sempadan maklumat untuk mereka harus dibuka dengan cara yang terkawal. Budaya ICT - Facebook, twitter dan blog serta lain-lain harus di perkasaskan. Dedahkan mereka dengan pencarian maklumat yang positif menerusi internet selain menjadi pemain yang aktif dalam komunikasi maya.

Jangan jadikan mereka terasing untuk turut sama mencorak dan merancakkan dunia internet sekarang. Teman sendiripun menggunakan pendekatan yang liberal dalam hal ini. Jangan kekang kemahuan mereka untuk melakukan anjakan paradigma. Dalam lain perkataan, sesuatu yang baru harus dicuba oleh anak-anak. Persediaan untuk anak-anak untuk menempuhi cabaran global dalam masa depan perlukan kelainan dan kesesuaian dengan zaman yang mereka hadapi.

Bayangkan apa persepsi kita bila anak-anak terasing dengan ICT. Tak boleh buka komputer, tak mahir menaip dengan aplikasi office (Ms Word dan Ms Excel), gagal membuat persembahan digital (Ms Power Point) yang ada kaitan dengan kaedah penyelesaian dunia akademik mereka. Dalam konteks zaman digital, Kegagalan penguasaan basic komputer seumpama ini adalah sama seperti yang istilah buta huruf yang dilabelkan kepada orang yang tidak pandai membaca dan menulis!
Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT TAHUN BARU


Sedar atau tidak kita dah berada di penghujung 2010... wajah Tahun depan dah mula nak menjengah . Pastinga kita semua ada kenangan yang cukup bermakna yang menghiasi kotak minda. Tak kira samada gembira atau duka... Segalanya terimalah ianya dengan terbuka. Selagi kita bernama manusia , selagi dunia belum kiamat, selagi itu itulah rentak dunia harus kita ikuti.

Bagi teman, ada masanya kita harus mengenang. Tapi kita harus realistik. Kena berpijak dibumi nyata. kita harus memandang ke depan. Berpaling ke belakang boleh. Tak salah, tak berdosapun!. Tapi berpaling tu biarlah dengan cara yang betul. Berpaling untuk menilai. Menilai berserta mengambil pengajaran diatas kelemahan di masa lalu lantas melakukan lonjakan berganda ke hadapan untuk melakukan transformasi.

Sikap beginilah yang dituntut. Islam agama progresif, Islam tidak agama jumud. Islam menganjur kita jadilah insan strategis yang mampu meramal 10001 kemungkinan yang bakal berlaku dan seniasa bersiap sedia dengan mekanisme yang terbaik . Ini boleh dilakukan. Tapi terlebih dulu kita perlu benamkan dulu unsur-unsur yang boleh menggagalkan dan menggangu.

Letakkan keutamaan. Isu yang kecil, remeh eloklah di letak ketepi.Hadapi isu yang lebih gampang. Isu yang menyentuh masa depan dan survival ummah...waduhhh he he. Di bumi Malaysia yang tercinta ini Kita tak boleh terus duduk dalam kepompong yang selesa, macam omputeh kata "confort zone". Zon selesa yang telah lama kita kecapi selama kerajaan BN memerintah ini jangan dianggap menjadi trend yang berterusan. Trend ini bakal beubah seiring denagn senario semasa. Senario politik dunia berubah, dan ini akan turut merubah senario politik tempatan.

PRU 13 : PERKASAKAN MEDIA ALTERNATIF


Rentetan kepada kepada kejayaan yang gemilang yang dicapai oleh Barisan Nasional dalam 2 buah pilihanraya Kecil baru-baru ini (DUN Galas dan Batu Sapi) baru-baru, saya berpendapat bahawa sudah ada perubahan paradigma dan transformasi sikap di kalangan rakyat khususnya dari generasi muda. dalam memberikan sokongan kepada kerajaan dan BN.

Saya tidak menafikan bahawa perubahan positif ini ada hubung kaitnya dengan penggunaan Media Alternatif (Internet) yang berjaya dimainkan peranannya oleh jentera BN. Kemunculan Facebook dan blogger yang menulis di blog-blog pro BN , begitu banyak dan berpengaruh . Fenomena seumpama ini berupaya mencetuskan situasi yang positif dan berkesan dalam usaha pihak kerajaan untuk , menyebar maklumat benar dan turut menangkis sebarang dakyah dan hasutan dari kalangan golongan pembangkang. 

Dalam konteks ini, Media Alternatif (Internet)mempunyai perkaitan dan ia adalah faktor yang terlalu dominan.Justeru ini bagi saya, penggunaan media alternatif (Internet) terutamanya, perlu terus diperhebat dan diperkasakan.kita perlu mewujudkan lebih banyak Internet social network yang kuat (Facebook, Twitter, Friendster, email dsb) serta, meramai kan bilangan bloggers yang boleh memberikan idea bernas dan dalam masa yang sama boleh mempertahan polisi-polisi kerajaan dan parti.

Samada kita suka atau tidak, Dalalam PRU 13 nanti kita bakal berdepan dengan ribuan pengundi muda . Harus kita sedari media Alternatif adalah sesuatu yang terlalu dekat dan berpengaruh terhadap mereka. Mereka ini sukakan kelainan, suka informasi mudah dan segera. Agresif tapi agak lemah jika dipujuk dan didekati. Ruang seumpama in ini harus kita rebut. Kita perlu mendekati dan mengenalpasti apa yang mereka mahu dan tendensi mereka ke arah mana. Kita juga perlu bersedia menerima saranan dan teguran mereka secara positif. Berjaya menarik dan melibatkan mereka dalam sebarang program kita adalah satu kejayaan.

Mereka adalah antara aset kita yang sebenar dan terpenting. Sesungguhnya perjuangannya itu memerlukan visi dan misi yang jelas. Ungkapan YAB Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, adalah benar dan perlu kita sama-sama fikirkan dan ambil iktibar.Zaman untuk terlalu menjadi jagoan di medan ceramah sudah berlalu. Menang sorak di depan penyokong sendiri, sudah agak ketinggalan zaman...Justeru sama-samalah kita berfikir dengan realistik dengan mengambil kira senario yang berlaku sekarang ini.
Friday, November 5, 2010

BN MENANG DI GALAS DAN BATU SAPI




Seronok dan puas hati rasanya tidak terkira...... Apa tidaknya, setelah berkampung sejak lama di galas, akhirnya pengorbanan yang tidak ternilai dari seluruh jentera BN di Galas tidak sesekali dipersiakan. Terbukti sudah bahawa DUN Galas adalah milik mutlak BN iaitu kemenangan cemerlang dengan majoriti 1,190 undi meninggal jauh PAS yang hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

Dan Apa yang lebih membanggakan pada saya ialah dalam masa yang sama, BN berjaya pula mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi dengan mendapat majoriti 6,359 undi.
Kejayaan ini semua bagaikan memberi momentum baru kita semua selaku pendokong BN dan penegak panji 1 Malaysia, untuk terus melipatgandakan usaha dan menyatukan iltizam bagi menempa kejayaan yang lebih penting iaitu untuk merampas secara keseluruhan negeri Kelantan dalam PRU 13 nanti dari tangan pembangkang.

Popular Posts

LINKS

LINKS COMPUTER

killvearn
buletinpc
kongsiblog
1ma
asast
asast
Photobucket