BN MENANG DI GALAS DAN BATU SAPI



Seronok dan puas hati rasanya tidak terkira...... Apa tidaknya, setelah berkampung sejak lama di galas, akhirnya pengorbanan yang tidak ternilai dari seluruh jentera BN di Galas tidak sesekali dipersiakan. Terbukti sudah bahawa DUN Galas adalah milik mutlak BN iaitu kemenangan cemerlang dengan majoriti 1,190 undi meninggal jauh PAS yang hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.
Dan Apa yang lebih membanggakan pada saya ialah dalam masa yang sama, BN berjaya pula mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi dengan mendapat majoriti 6,359 undi.
Kejayaan ini semua bagaikan memberi momentum baru kita semua selaku pendokong BN dan penegak panji 1 Malaysia, untuk terus melipatgandakan usaha dan menyatukan iltizam bagi menempa kejayaan yang lebih penting iaitu untuk merampas secara keseluruhan negeri Kelantan dalam PRU 13 nanti dari tangan pembangkang.
GABUNG PHOTOSHOP DENGAN SONY VEGAS
Dengan menggunakan Sony Vegas Video Studio anda mampu menghasilkan video yang cukup pelbagai. Di sini contoh video yang saya hasilkan dengan menggunakan teknik gabungan antara aplikasi Adobe Photoshop, Sony Vegas Video Studio dan video sumber dari internet. Wow hebat
MEMPERKASAKAN MINDA

Selama hampir seminggu saya menghabiskan masa mengikuti satu kursus motivasi perniagaan yang diadakan di sebuah resort terkenal di Terengganu. Kursus ini mendedahkan banyak pengalaman dan ilmu yang baru dalam soal-soal pengurusan organisasi dan perancangan strategik yang harus dibuat bagi meningkatkan kualiti dan kuanti dari segi produk yang dihasilkan. Segala-galanya bermula dengan bagaimana cara yang terbaik untuk memperkasakan minda bagi merealitikan matlamat sesuatu perniagaan yang mahu dimulakan atau yang telahpun terurus sekian lama
BERWAJAH BARU.....

Ada sedikit perubahan yang kami lakukan di kawasan kediaman . Pagar dan bangunan rumah dicat dengan warna baru, khususnya rumah abang saya yang setingkat setengah itu. Memang lawa dan anggun .kena pulak dengan designnya.
Rumah saya rasanya molek lagi cat ICInya. Perubahan tak dibuat. Tapi nak cat jugak bersama dengan pengubahsuaian rumah saya nanti. Apa yang disiapkan ialah kawasan persekitaran dengan menebang pokok mana-mana yang tak perlu. Hajat-hajat nak buat landscape sikit..buat semula kolam yang dah tertimbus sekian lama he he.
Hmm....Berkebetulan dengan gotong royong mencantikkan rumah beserta dengan rumahnya sekali ini , kami sekeluarga akan ada majlis kenduri mega pada 19 mac 2009 di mana kami kan mengumpul semua susur galur keturunan keluarga sebelah ibu untuk dapat hadir bersama dalam majlis itu nanti.. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kami yang antaranya tinggal berjauhan... Segalanya untuk menunaikan harapan ibu jua.
====================================================================
Antara hobi saya ialah beraktiviti di kawasan rumah. Menebas pokok, memesin rumput dan bina landscape. Hmmm... Ni landscape mini binaan hasil kreativiti sendiri kat depan umah saya. Ini dibuat kira-kira 6 tahun lepas, iaitu kira 4 tahun selepas saya berpeluang membina banglo kediaman sendiri. Masa tu gila-gila benar minat denga landscape....Sampai malam rela saya buat kerja-jerja gini. Insya -Allah, jika ada peluang rasanya landscape ni yang bakal diubah suai semula..

BN BENTUK KERAJAAN BARU DI PERAK
Berita Terkini....Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, petang Jumaat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu dilantik Menteri Besar Perak ke 11 menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dititahkan Sultan Perak supaya melepaskan jawatan, serta merta semalam.Majlis angkat sumpah anggota Exco kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional dijadualkan Selasa depan.Turut serta di majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
==========================================
Berita Terdahulu.....
Petang tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu. Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Tahniah untuk BN!!
NOKIA N95/96 SETTING WLAN ROUTER AT HOME
1: Web: Unable to connect
2: No gateway
Please help on this matter. Thanks
And in the browser (Web) change Options > Settings > General > Access point to either "Always ask", or the access point you created.
And if your WLAN router is configured to require the MAC address of your phone, then it is printed on the label under the battery, or you can see it by "dialing" *#MAC WLAN# ( which is the same as *#62209526# ).
GARMIN GPS SYSTEM: MEMANG HEBAT
Lama gak tak tulis isu-isu yang paling minati dan hampir sebati dengan kehidupan saya iaitu isu teknologi dan komputer. baru-baru member ada perkenalkan Garmin GPS System satu sistem yang memudahkan kita menjejaki lokasi di mana sekalipun yang ingin kita sampai.
Sistem ini boleh di beli secara terus dipasang dalam kereta. Namun saya hanya install softwarenya dalam Noka N95 dan Nokia Communicator E90 saya..Senang nak bawak ke mana-mana. Hmmm ternyata banyak kegunaannya terutamanuya orang yang ligat bergerak cam saya.
Kalau anda ada satu hobi sampingan cam saya iaitu mengembara samada dalam mahupun luar negara, saya syorkan sangat-sangat gunakanlah sistem ini.. Sesiapa yang nak sofware ni silalah hubungi saya menerusi email
Mengenal diri - Guna teknik Minda Bawah Sedar
SEBAGAI ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.
"Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' ujar pengamal perubatan alternatif Prof. Dr. Ibrahim Ahmad, ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.
Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan.
Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.
Beliau memberi contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.
Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
"Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu," ujarnya.
Memperjelaskan maksudnya itu, beliau berkata, seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.
Adalah lebih baik katanya, ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan.
"Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih,'' ujarnya.
Sambil memberi contoh ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini.
"Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.
"Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan," saran Ibrahim lagi.
Seboleh-bolehnya kata beliau lagi, kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas.
"Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' ujarnya.
Beliau menambah teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif.
"Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif," katanya.
Ibrahim menegaskan sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin.
Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.
"Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi," ujarnya sambil menegaskan apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.
"Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar.
"Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama," ujarnya yang memilikki kelayakan dalam bidang perubatan alternatif dari Open International Universty For Alternative Medicines, India.
Sambungnya lagi, dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan.
"Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan,'' ujarnya.
Beliau memberitahu antara kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan.
Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku.
Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.
Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari.
Katanya, melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.
"Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya.
"Perkara-perkara berkaitanlah yang sering saya tekankan ketika memberi ceramah," katanya yang mengendalikan program itu melalui syarikat miliknya, Positive Mind Resouces sejak dua tahun lalu.
"Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain," ujarnya.
EXPORT POST TO ANOTHER BLOG
2. PERGI KE SETTING DAN PILIH IKON
Import blog - Export blog - Delete blog
You can import posts and comments from a previously exported Blogger blog, export this blog, or permanently delete it.
KALKULATOR DALAM GOOGLE
Tahukah anda bahawa enjin pencarian Google juga boleh bertindak sebagai kalkulator?? Kedengarannya seperti menarikkan?? Anda cuma perlu masukkan nombor Matematik ke dalam kotak pencariannya dan Google akan menjawab soalan anda. Wah, nampaknya Google bukan setakat berfungsi sebagai enjin pencarian saja.Untuk membuktikan kebenarannya, anda perlu membuat ujikaji ke atas Google. Sila masukkan sebarang nombor Matematik ke dalam kotak carian dan tekan butang search. Sebagai contohnya, penulis masukkan nombor seperti berikut :
7*8
Jawapannya = 56
Anda patut mencubanya sendiri. Jadikan Google sebagai mesin kira-kira anda pada waktu mesin kira-kira anda hilang.
Ramai tahu bahawa Google adalah gudang maklumat terbesar yang pernah diwujudkan. Anda boleh mencari apa saja maklumat dan juga dokumen yang diperlukan. Tahukah anda, anda boleh mencari banyak lagu-lagu dan muzik kegemaran melalui enjin Google?Kebanyakan fail-fail lagu yang diletakkan di internet adalah dalam bentuk format yang mudah digunakan seperti .mp3, .ogg, .ra, .ram dan lain-lain. Format-format ini sangat kecil dan ringan untuk dipindahkan di internet. Untuk memainkan fail-fail ini, anda perlukan aplikasi khas seperti Winamp, dan Real Player. Untuk mencari fail-fail MP3 di Google, gunakan carian:
KOD
-inurl:mp3 intitle:”index of” “Last modified” lagu Contoh: -inurl:mp3 -inurl:mp3 intitle:”index of” “Last modified” lagu Untuk mencari lagu-lagu negaraku dalam bentuk MIDI, gunakan carian:
KOD
-inurl:mid intitle:”index of” “Last modified” negarakuContoh: -inurl:mid intitle:’index of’ ‘Last modified’ malaysia negaraku
Macro Excel: Mengubah Angka Menjadi Teks
20 Maret 2006 | 101 komentar

Tiga hari yang lalu, seorang teman menghubungi saya lewat telepon, bertanya tentang formula untuk mengubah sebuah angka menjadi teks. Dia ingin mengubah, misalnya, angka 145 menjadi seratus empat puluh lima. Seperti tulisan “terbilang” yang ada di kuitansi-kuitansi.
Saya ingat, dulu saya pernah membuat sebuah macro di Excel yang berfungsi seperti ini. Sebenarnya, macro ini aslinya untuk teks berbahasa Inggris (saya lupa dapat dari mana1), kemudian saya mengubahnya menjadi berbahasa Indonesia. Karena adanya perbedaan struktur bahasa, tentu saja perubahan ini menjadi tidak sekadar hanya menerjemahkan.
Silakan unduh kodenya—hasil ubekan dari tumpukan file. Anda tinggal memasukkannya ke bagian module di MS Visual Basic pada berkas Excel Anda. Di worksheet, Anda bisa memanggil fungsi ini dengan menulis =terbilang(x). Angka x dapat Anda isikan langsung, atau dapat pula merupakan referensi ke sel lain.
Tambahan (23-04-2007). Bagi Anda yang kesulitan menerapkan macro ini, berikut adalah petunjuk singkatnya.
- Setelah berkas (file) di atas Anda unduh, bukalah dengan aplikasi pembaca teks. WordPad, misalnya.
- Bukalah berkas Excel yang baru, atau berkas milik Anda yang ingin ditambahi kode ini.
- Pergilah ke Tools > Macro > Visual Basic Editor. Langkah ini dapat pula Anda tempuh dengan menekan Alt + F11. Langkah ini akan membuka satu jendela khusus untuk Visual Basic Editor.
- Di bagian VBAProject di panel sebelah kiri, klik-kanan ThisWorkbook > Insert > Module.
- Di bagian kosong yang terbuka di bagian kanan, tuliskan kode macro yang tadi dibuka di WordPad. Silakan salin-dan-tempel.
- Kembalilah ke jendela Excel Anda, dan cobalah tuliskan formula terbilang di salah satu sel. Misalnya, tulislah
=terbilang(123)maka hasilnya akan berupa tulisanseratus dua puluh tiga rupiah. Anda juga dapat menulis formula dengan=terbilang(B3), misalnya, dan sel B3 berisi angka yang ingin dibuat teks.
Perhatian. Bila macro di aplikasi Excel Anda tidak dapat dijalankan, periksalah bagian Macro security. Pergilah ke Tools > Options…, klik tab Security lalu klik tombol Macro Security di bagian bawah. Ubah pilihan Security level ke Medium (disarankan) atau Low.
Pembaruan. Pengecekan bilangan negatif ditambahkan. Bilangan negatif akan dibaca minus sekian sekian.
19-12-2007. Berkas add-ins untuk fungsi terbilang tersedia untuk diunduh. Terima kasih agus untuk sarannya.
Add-Ins untuk Fungsi Terbilang
Untuk mengaktifkan add-ins ini, simpan berkas .xla yang sudah Anda unduh di komputer Anda. Di Excel, pergilah ke menu Tools > Add-Ins…. Di kotak Add-Ins yang terbuka, klik tombol Browse… dan arahkan ke berkas .xla yang Anda miliki. Add-ins untuk fungsi terbilang kini tampak dalam daftar. Centang kotaknya lalu klik tombol OK. Anda sekarang dapat menggunakan fungsi ini di semua dokumen Excel yang Anda buka.
RAHSIA CARI FILE GOOGLE
filetype:
Option ini digunakan untuk mencari tipe file tertentu.
Contoh:
filetype:xls -> untuk mencari file MS Excel
filetype:doc -> untuk mencari file MS Wordinurl:
Option ini digunakan untuk mencari kata tertentu yang digunakan sebagai url.
Dengan option ini Anda dapat melakukan pencarian pada pencarian folder tertentu (jika dikombinasikan dengan option “index of”).
Contoh:
inurl:admin -> pencarian ini menghasilkan url website yang mempunyai kata “admin”
site:
Option ini secara spesifik digunakan untuk melakukan pencarian pada laman web tertentu.
Contoh:
site:torry.net “xp style” –> mencari dengan keyword “xp style” pada laman www.torry.net
intitle:
Option ini digunakan untuk mencari kata tertentu yang terdapat pada title dari halaman web.link:
Option ini digunakan untuk mengetahui situs mana saja yang link back ke laman web tertentu.
Contoh:
link:delphi3000.com –> mencari laman yang mempunyai link ke www.delphi3000.comAnda dapat mengkombinasikan berbagai option di atas untuk mendapatkan hasil pencarian yang lebih spesifik.
Contoh:pdf “rapidshare.de/files” site:rapidshare.de
–> untuk mencari buku atau file pdf di rapidshare.de+inurl:exe|rar|zip site:rapidshare.de
–> untuk mencari program, aplikasi di rapidshare.de
Anda boleh mengganti site:rapidshare.de menjadi site:megaupload.com untuk mencari file di MegaUpload
P.S : Dapatkan Web Browser MozillaFireFox percuma.. Klik sini untuk download p
GIF ANIMASI DENGAN PHOTOSHOP
LINK KOMPUTER POPULAR
Popular Posts
-
====================================================== KLIK DI SINI UNTUK KE MENU UTAMA Ada sedikit perubahan yang kami lakukan di kawasan k...
-
Teman ni pantang ada gajet bru di pasaran, trus aje nak cuba. Yg trkini netbook ni...ok sbb ia laju, soundnya memng power, mvm pasanh home t...
-
Musim posa ni, ok jugak bila smbil nak membeli juadah berbuka, buka skejap website akhbar online mnerusi gajet canggih ni. Dok dalam kreta p...
-
Ramai tahu bahawa Google adalah gudang maklumat terbesar yang pernah diwujudkan. Anda boleh mencari apa saja maklumat dan juga dokumen yang ...
-
Dalam dunia serba canggih, dalam suasasna yang memerlukan tindakan yang cepat lagi cekap, maka tidak dapat tidak kita memerlukan satu pakej...
-
Teman dh banyak pakai smat phone...start samsung galaxy, HTC, IPHONE dll..tp bila bpeluang pakai Nokia E7 Communicator rasa ada kelainan..se...
-
Sent from my Android Iphone sesekali kedamaian bisa terpancar disanubari apabila ada kesempatan untuk kita mengcungkil rahsia yang tersurat ...
-
baru semalam ambo berkesempatan pulamg dari KL setelah 4 hari menghadiri Persidangan Agung UMNO di PWTC. Sesungguhnya Kehadiran delagasi p...






